CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 8, 2013

Harga Minyak Naik
Kenaikan Harga Minyak RON 95 & Diesel : Kepada siapa yang tidak pernah ketinggalan mengikuti setiap laporan Berita Semasa, pastinya anda pernah menyemak laporan Berita Semasa yang bertajuk Harga Minyak RON95 Naik RM2.30 Selepas Ini? Subsidi Minyak Ganggu Ekonomi Malaysia? (175 pendapat pembaca) & juga Harga Minyak & Tarif Elektrik & Tol Naik Selepas Pilihanraya Umum 2013 (PRU13)? (501 respon balas pembaca).
Kenaikan harga minyak sudah hampir pasti berlaku, tidak boleh dielakkan lagi lepas dana yang agak tinggi dibelanjakan atas nama survival politik tetapi angka dan bila tempoh pelaksanaannya sahaja menjadi persoalan. Dan….
Awal pagi semalam, keluarkan keratan akhbar yang mengatakan kenaikan harga minyak  hanya sekadar khbar angin sahaja. Rakyat Malaysia diminta tidak percaya.
kenaikan Harga Minyak

Berita Kenaikan Harga Minyak RON 95 & Diesel 20 sen : Khabar Angin VS Realiti?

Berita kenaikan harga minyak RON 95 yang dikatakan sekadar khabar angin terus bertiup kencang bergerak ke seluruh negara dengan begitu pantas melalui aplikasi WhatsApps dan platform medium sosial seperti Facebook dan Twitter.
KUALA LUMPUR – Dakwaan mengenai kenaikan harga minyak petrol RON95 sebanyak 20 sen tengah malam ini hanya khabar angin, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek Hasan berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai kenaikan harga minyak tersebut. “Saya tidak tahu, kita tengoklah dahulu macam mana. Siapa yang bercakap?”
“Kita jangan galakkan rakyat dengan khabar angin. Jika tidak ada fakta, jangan buat andaian yang bukan-bukan. Kalau sampai masanya, saya akan berikan penjelasan,” katanya. Hasan berkata, orang ramai dinasihatkan tidak mendengar khabar angin mengenai kenaikan harga minyak RON95. Harga minyak petrol RON95 adalah RM1.90 seliter setelah kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1.09 sen seliter. [Bernama]
Jawatan Menteri yang memegang porfolio yang berkaitan dengan isu kenaikan harga minyak RON 95 dan diesel pun tidak tahu? Hebat….Jadi menteri penuh tidak tahu apa-apa? Apalah malangnya rakyat Malaysia memiliki kualiti menteri seperti ini?
Dan penafian demi penafian tidak mampu bertahan lama. Akhirnya, ternyata dan terbukti sama sekali Malaysia tidak pernah sunyi dengan lambakan berita khabar angin yang benar sama sekali.
kenaikan harga minyak ron 95
Pengumuman kerajaan Malaysia melalui Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia & Menteri Kewangan mengenai berita kenaikan harga minyak 20 sen ini adalah atas nama rasionalisasi subsidi. Hakikatnya, harga minyak telah naik.

Kenaikan Harga Minyak RON 95 & Diesel 20 sen : Malaysia Pengimport @ Pengeksport Minyak?

Harga Minyak Dunia TerkiniKadang-kadang Berita Semasa, Malaysia adalah negara pengeksport minyak atau pengimport minyak? harga minyak tinggi, pengangkutan awam di Malaysia berkelas dunia? Sangat mudah, snagat baik dan berpatutan untuk digunakan pengangkutan awam di Malaysia? Pun tidak juga……Jadi?
Masih segar diingatan Berita Semasa, teringat dahulu semasa Pak Lah naikkan harga minyak, selepas itu setiap hari ada sahaja iklan cara-cara penjimatan minyak, diarahkan penggunaan air-cond dijimatkan, isi minyak waktu pagi dan petang, jangan isi berat -berat dalam kereta tetapi dalam pada masa yang sama barisan Menteri Malaysia naik kereta minyak subsidi hasil duit cukai rakyat.
Manakala, ketika harga minyak dunia turun, dengan langkah Datuk Seri Najib Razak dilihat gemar menabur duit di sana sini menyebabkan fitch rating Malaysia turun, nilai ringgit pun menjunam hampir 10%, sekarang harga minyak naik lebih 10%.
Ketika hutang negara terus melambung tinggi, Malaysia masih lagi bercakap mengenai BR1M?

Utusan Malaysia Harga Kereta
Isu Turun Harga Kereta : Kalau nak baca akhbar yang sarat sarat dnegan cerita yang menghairahkan samada benar atau diada-adakan cerita, baca Harian Metro. Jikalau berminat akhbar yang semakin hari semakin baik olahan dan nukilan beritanya serta sedaya upaya untuk seimbangkan penyampaian berita antara kedua-dua belah pihak, bacalah Sinar Harian.
Manakala jikalau anda teringin benar ingin mengetahui “rahsia” bagaimana sebuah akhbar yang terkenal dengan rekod dan sejarah boleh “tumbang” dalam kes saman fitnah, bacalah Utusan Malaysia. Adakah akan tahu apa sebabnya, kerana yang terbaru……
Sebelum itu, kadang-kadang kami tercari-cari sumber kewangan yang sebegitu banyak dikumpulkan oleh syarikat Utusan Melayu (M) Berhad sehingga mampu & sanggup membayar saman fitnah yang bernilai puluhan dan ratusan ribu ringgit selama ini asalkan aspirasi & modus operandi mereka tercapai.
Dan sekali lagi, Utusan Malaysia dilihat tidak pernah serik dan belajar daripada kesilapan sebelum ini. Biarlah paparan gambar-gambar di bawah menceritakan segala-galanya…..

Harga Kereta Volkswagen Golf Turun : Fakta @ Auta?

Harga Kereta Volkswagen Golf
Harga Volkswagen Golf Turun
Volkswagen Malaysia Facebook

Harga Peugeot 308 Turun : Fakta @ Auta?

Harga Peugeot 308 Turun
Dan bagi Berita Semasa, tidak perlulah Utusan Malaysia menjawabnya. Ramai sudah faham benar modus operandinya. Bagi kami adalah penting menteri yang bertanggungjawab menjawab persoalan yang bermain di fikiran rakyat melihatkan isu ini….
Bola tanggung sudah dilambung kepada pihak-pihak sibuk benar mencanang sebahagian harga kereta Volkswagen, Honda, Peugeot, Proton & Perodua Malaysia telah mulai turun. Sama-sama kita nantikan bagaimana cara bola tersebut disambut oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab?

Harga Kereta Proton Turun : Fakta @ Auta?

Harga Proton Turun
Jikalau beginilah caranya permainan turun harga kereta, Berita Semasa hanya mampu geleng kepala melihatnya…

Utusan Malaysia Harga Kereta
Isu Turun Harga Kereta : Kalau nak baca akhbar yang sarat sarat dnegan cerita yang menghairahkan samada benar atau diada-adakan cerita, baca Harian Metro. Jikalau berminat akhbar yang semakin hari semakin baik olahan dan nukilan beritanya serta sedaya upaya untuk seimbangkan penyampaian berita antara kedua-dua belah pihak, bacalah Sinar Harian.
Manakala jikalau anda teringin benar ingin mengetahui “rahsia” bagaimana sebuah akhbar yang terkenal dengan rekod dan sejarah boleh “tumbang” dalam kes saman fitnah, bacalah Utusan Malaysia. Adakah akan tahu apa sebabnya, kerana yang terbaru……
Sebelum itu, kadang-kadang kami tercari-cari sumber kewangan yang sebegitu banyak dikumpulkan oleh syarikat Utusan Melayu (M) Berhad sehingga mampu & sanggup membayar saman fitnah yang bernilai puluhan dan ratusan ribu ringgit selama ini asalkan aspirasi & modus operandi mereka tercapai.
Dan sekali lagi, Utusan Malaysia dilihat tidak pernah serik dan belajar daripada kesilapan sebelum ini. Biarlah paparan gambar-gambar di bawah menceritakan segala-galanya…..

Harga Kereta Volkswagen Golf Turun : Fakta @ Auta?

Harga Kereta Volkswagen Golf
Harga Volkswagen Golf Turun
Volkswagen Malaysia Facebook

Harga Peugeot 308 Turun : Fakta @ Auta?

Harga Peugeot 308 Turun
Dan bagi Berita Semasa, tidak perlulah Utusan Malaysia menjawabnya. Ramai sudah faham benar modus operandinya. Bagi kami adalah penting menteri yang bertanggungjawab menjawab persoalan yang bermain di fikiran rakyat melihatkan isu ini….
Bola tanggung sudah dilambung kepada pihak-pihak sibuk benar mencanang sebahagian harga kereta Volkswagen, Honda, Peugeot, Proton & Perodua Malaysia telah mulai turun. Sama-sama kita nantikan bagaimana cara bola tersebut disambut oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab?

Harga Kereta Proton Turun : Fakta @ Auta?

Harga Proton Turun
Jikalau beginilah caranya permainan turun harga kereta, Berita Semasa hanya mampu geleng kepala melihatnya…

Pemilikkan Hartanah di Malaysia : Warga Asing VS Rakyat Malaysia

hartanah malaysiaApa yang Berita Semasa perhatikan sekarang ini, kebanyakan kondominium mewah dan rumah-rumah teres yang bernilai tinggi mendapatkan permintaan yang cukup-ckup menggalakkan terutamnya pelabur dari Singapore, China, Taiwan, Jepun, dan juga Timur Tengah. Oleh itu, apabila sudah ada permintaan yang cukup mewah daripada wargas ing, pemaju hanya mampu tersenyum riang mengira pula potensi keuntungan besar yang bakal diperolehi mereka. Akhirnya harga rumah akan terus naik dan melonjak tinggi dan kebanyakannya dimilki oleh warga asing.
Sebagai contohnya di Puchong, terdapat satu kawasan perumahan baru dibuka di sana. Kebnayakan warga asing yang berminat dengan hartanah di sana kebanyakannya dari Taiwan. Dan..selagi war gasing bebas membeli dan memiliki rumah dan hartanah di Malaysia tanpa kawalan, selagi itulah harga hartanah akan terus melambung sehingga rakyat Malaysia mampu memandang & terlopong sahaja. Memang kenalah dengan bait-bait lagu Anak Kecil Main Api (Bumi ini dipijak milik orang)
Dalam pada masa yang sama, cadangan Berita Semasa ialah supaya sementara kerajaan melaksanakan tindakan mereka, anda boleh mencari alternatif lain. Dalam pada masa sekarang rumah tetap akan naik bukan? Bukankah ada alternatif lain. Iaitu Rumah Lelong. Cari rumah lelong, mulakan daripada sekarang simpanan tunai yang lebih. Dijangka pemerhati ekonomi sudah mula meramal dan menjangkakan akhir tahun 2016 ekonomi akan mula lembap terutamanya melibatkan negara-negara membangun termasuklah Malaysia. Jadi pada masa itulah, sama-sama cari rumah lelong yang “berpotensi” bukannya main serkap jarang sahaja. Apa pendapat dan respon balas anda pula?

Gambar Chetz Yusof
Video Hina Islam : Sebelum Berita Semasa mengeluarkan laporan berita mengenai isu hina Islam yang terbaru melibatkan saudara Chetz Yusof baru-baru dengan video Hari Raya bersama-sama anjing-anjingnya pastinya ramai yang akan tidak bersetuju dengan pendapat Berita Semasa kali ini. Mungkin?
Tetapi Berita Semasa mesti suarakan…untuk dikongsikan bersama anda semua berdasarkan pandangan Berita Semasa yang sedang ligat berputar di fikiran kami sejak isu hina Islam semakin hangat diperkatakan sekarang ini.
“Terima atau tidak, terpulang”
Boleh kongsikan bersama pendapat anda di ruangan komen bawah. Sama-sama kita berdiskusi.
video Chetz Yusof
Kadang Berita Semasa terfikir? Lemahkah iman umat Melayu Islam kita di Malaysia? Berdasarkan tontonan Berita Semasa pada video Chetz Yusof hina Islam (Video Hari raya + anjing-anjingnya), kami melihat pemilik video hanya mahu menyampaikan ucapan Hari Raya Aidilfitri dan dalam pada masa yang sama mahu mengajak dan mendidik orang ramai supaya tidak mendikriminasikan sesaam makhluk.

Saturday, September 7, 2013

Kebodohan Blogger Pakatan Haram Mengedit Gambar Gereja Terserlah!


Blogger Pakatan Haram mengatakan Bloggers dan cybertroopers mesra Kerajaan membuat fitnah dengan mengedit gambar kursus kahwin untuk dijadikan gambar gereja. Siapa yang mengedit gambar sebenarnya? Baca blog Blogger Pakatan Haram kaki spin. Terdapat beberapa kelemahan di dalam proses pengeditan gambar yang dilakukan oleh Blogger Pakatan Haram berkenaan. Beliau masih tidak menjawab beberapa persoalan berikut kalau benarpun itu gambar kursus kahwin.

1. Gambar dengan sengaja dikaburkan.
2. Penceramah kursus kahwin selalunya Ustaz yang bersongkok atau berlebai.
3. Selalunya mereka yang hadir ke kursus kahwin walaupun tidak bertudung akan menutup kepalanya. Lihat gadis berkulit gelap di hadapan.
4. Terdapat bayang apabila salib dibuang.
5. Gambar asal menunjukkan lambang matahari di atas pintu, yang mana ini telah di "crop" dan dibuang.
6. Di tempat kursus kahwin manakah adanya piano? Cuba jawab!

Buat pengetahuan semua, gambar ini asalnya diperolehi daripada seorang Ustaz yang buat masa ini tidak mahu mendedahkan diri kepada seorang blogger. Ada pendapat mengatakan kejadian berlaku di Ipoh, Perak. Cuba bandingkan gambar yang kami siarkan berbanding gambar Blogger Pakatan Haram yang disiarkan di blognya. Gambar siapa yang lebih jelas? Pixel gambar siapa yang lebih tinggi? Kenapa tidak siarkan "gambar kursus kahwin" yang  lebih jelas? Kenapa kabur?