CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 8, 2013

Harga Minyak Naik
Kenaikan Harga Minyak RON 95 & Diesel : Kepada siapa yang tidak pernah ketinggalan mengikuti setiap laporan Berita Semasa, pastinya anda pernah menyemak laporan Berita Semasa yang bertajuk Harga Minyak RON95 Naik RM2.30 Selepas Ini? Subsidi Minyak Ganggu Ekonomi Malaysia? (175 pendapat pembaca) & juga Harga Minyak & Tarif Elektrik & Tol Naik Selepas Pilihanraya Umum 2013 (PRU13)? (501 respon balas pembaca).
Kenaikan harga minyak sudah hampir pasti berlaku, tidak boleh dielakkan lagi lepas dana yang agak tinggi dibelanjakan atas nama survival politik tetapi angka dan bila tempoh pelaksanaannya sahaja menjadi persoalan. Dan….
Awal pagi semalam, keluarkan keratan akhbar yang mengatakan kenaikan harga minyak  hanya sekadar khbar angin sahaja. Rakyat Malaysia diminta tidak percaya.
kenaikan Harga Minyak

Berita Kenaikan Harga Minyak RON 95 & Diesel 20 sen : Khabar Angin VS Realiti?

Berita kenaikan harga minyak RON 95 yang dikatakan sekadar khabar angin terus bertiup kencang bergerak ke seluruh negara dengan begitu pantas melalui aplikasi WhatsApps dan platform medium sosial seperti Facebook dan Twitter.
KUALA LUMPUR – Dakwaan mengenai kenaikan harga minyak petrol RON95 sebanyak 20 sen tengah malam ini hanya khabar angin, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek Hasan berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai kenaikan harga minyak tersebut. “Saya tidak tahu, kita tengoklah dahulu macam mana. Siapa yang bercakap?”
“Kita jangan galakkan rakyat dengan khabar angin. Jika tidak ada fakta, jangan buat andaian yang bukan-bukan. Kalau sampai masanya, saya akan berikan penjelasan,” katanya. Hasan berkata, orang ramai dinasihatkan tidak mendengar khabar angin mengenai kenaikan harga minyak RON95. Harga minyak petrol RON95 adalah RM1.90 seliter setelah kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1.09 sen seliter. [Bernama]
Jawatan Menteri yang memegang porfolio yang berkaitan dengan isu kenaikan harga minyak RON 95 dan diesel pun tidak tahu? Hebat….Jadi menteri penuh tidak tahu apa-apa? Apalah malangnya rakyat Malaysia memiliki kualiti menteri seperti ini?
Dan penafian demi penafian tidak mampu bertahan lama. Akhirnya, ternyata dan terbukti sama sekali Malaysia tidak pernah sunyi dengan lambakan berita khabar angin yang benar sama sekali.
kenaikan harga minyak ron 95
Pengumuman kerajaan Malaysia melalui Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia & Menteri Kewangan mengenai berita kenaikan harga minyak 20 sen ini adalah atas nama rasionalisasi subsidi. Hakikatnya, harga minyak telah naik.

Kenaikan Harga Minyak RON 95 & Diesel 20 sen : Malaysia Pengimport @ Pengeksport Minyak?

Harga Minyak Dunia TerkiniKadang-kadang Berita Semasa, Malaysia adalah negara pengeksport minyak atau pengimport minyak? harga minyak tinggi, pengangkutan awam di Malaysia berkelas dunia? Sangat mudah, snagat baik dan berpatutan untuk digunakan pengangkutan awam di Malaysia? Pun tidak juga……Jadi?
Masih segar diingatan Berita Semasa, teringat dahulu semasa Pak Lah naikkan harga minyak, selepas itu setiap hari ada sahaja iklan cara-cara penjimatan minyak, diarahkan penggunaan air-cond dijimatkan, isi minyak waktu pagi dan petang, jangan isi berat -berat dalam kereta tetapi dalam pada masa yang sama barisan Menteri Malaysia naik kereta minyak subsidi hasil duit cukai rakyat.
Manakala, ketika harga minyak dunia turun, dengan langkah Datuk Seri Najib Razak dilihat gemar menabur duit di sana sini menyebabkan fitch rating Malaysia turun, nilai ringgit pun menjunam hampir 10%, sekarang harga minyak naik lebih 10%.
Ketika hutang negara terus melambung tinggi, Malaysia masih lagi bercakap mengenai BR1M?

0 comments: