CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, September 7, 2013

Kebodohan Blogger Pakatan Haram Mengedit Gambar Gereja Terserlah!


Blogger Pakatan Haram mengatakan Bloggers dan cybertroopers mesra Kerajaan membuat fitnah dengan mengedit gambar kursus kahwin untuk dijadikan gambar gereja. Siapa yang mengedit gambar sebenarnya? Baca blog Blogger Pakatan Haram kaki spin. Terdapat beberapa kelemahan di dalam proses pengeditan gambar yang dilakukan oleh Blogger Pakatan Haram berkenaan. Beliau masih tidak menjawab beberapa persoalan berikut kalau benarpun itu gambar kursus kahwin.

1. Gambar dengan sengaja dikaburkan.
2. Penceramah kursus kahwin selalunya Ustaz yang bersongkok atau berlebai.
3. Selalunya mereka yang hadir ke kursus kahwin walaupun tidak bertudung akan menutup kepalanya. Lihat gadis berkulit gelap di hadapan.
4. Terdapat bayang apabila salib dibuang.
5. Gambar asal menunjukkan lambang matahari di atas pintu, yang mana ini telah di "crop" dan dibuang.
6. Di tempat kursus kahwin manakah adanya piano? Cuba jawab!

Buat pengetahuan semua, gambar ini asalnya diperolehi daripada seorang Ustaz yang buat masa ini tidak mahu mendedahkan diri kepada seorang blogger. Ada pendapat mengatakan kejadian berlaku di Ipoh, Perak. Cuba bandingkan gambar yang kami siarkan berbanding gambar Blogger Pakatan Haram yang disiarkan di blognya. Gambar siapa yang lebih jelas? Pixel gambar siapa yang lebih tinggi? Kenapa tidak siarkan "gambar kursus kahwin" yang  lebih jelas? Kenapa kabur?


0 comments: