CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 8, 2013

Utusan Malaysia Harga Kereta
Isu Turun Harga Kereta : Kalau nak baca akhbar yang sarat sarat dnegan cerita yang menghairahkan samada benar atau diada-adakan cerita, baca Harian Metro. Jikalau berminat akhbar yang semakin hari semakin baik olahan dan nukilan beritanya serta sedaya upaya untuk seimbangkan penyampaian berita antara kedua-dua belah pihak, bacalah Sinar Harian.
Manakala jikalau anda teringin benar ingin mengetahui “rahsia” bagaimana sebuah akhbar yang terkenal dengan rekod dan sejarah boleh “tumbang” dalam kes saman fitnah, bacalah Utusan Malaysia. Adakah akan tahu apa sebabnya, kerana yang terbaru……
Sebelum itu, kadang-kadang kami tercari-cari sumber kewangan yang sebegitu banyak dikumpulkan oleh syarikat Utusan Melayu (M) Berhad sehingga mampu & sanggup membayar saman fitnah yang bernilai puluhan dan ratusan ribu ringgit selama ini asalkan aspirasi & modus operandi mereka tercapai.
Dan sekali lagi, Utusan Malaysia dilihat tidak pernah serik dan belajar daripada kesilapan sebelum ini. Biarlah paparan gambar-gambar di bawah menceritakan segala-galanya…..

Harga Kereta Volkswagen Golf Turun : Fakta @ Auta?

Harga Kereta Volkswagen Golf
Harga Volkswagen Golf Turun
Volkswagen Malaysia Facebook

Harga Peugeot 308 Turun : Fakta @ Auta?

Harga Peugeot 308 Turun
Dan bagi Berita Semasa, tidak perlulah Utusan Malaysia menjawabnya. Ramai sudah faham benar modus operandinya. Bagi kami adalah penting menteri yang bertanggungjawab menjawab persoalan yang bermain di fikiran rakyat melihatkan isu ini….
Bola tanggung sudah dilambung kepada pihak-pihak sibuk benar mencanang sebahagian harga kereta Volkswagen, Honda, Peugeot, Proton & Perodua Malaysia telah mulai turun. Sama-sama kita nantikan bagaimana cara bola tersebut disambut oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab?

Harga Kereta Proton Turun : Fakta @ Auta?

Harga Proton Turun
Jikalau beginilah caranya permainan turun harga kereta, Berita Semasa hanya mampu geleng kepala melihatnya…

0 comments: